01 January 2009

CanTIk @ TIdAK

♥«Cantik atau tidak»♥
"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orangyang cantik jarang berbudi.."
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akanmenguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa biladikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin denganTuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjunganmanusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punyakelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggupmenjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadiandartu.Hidupliar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya makasuamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengankehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akankecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.Jadilahsuami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlahperginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akanmerajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Alangkah indahnya jika siisteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad kelubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atautidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya padasuami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagiisteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.Cantikwarnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapiberakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibaratbunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bungaraya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bungaraya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yangmempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidaksedar diri jadi mainan.
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hatidan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah bangga danusah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa danberakhlak mulia.Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasaresah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.Bukan juakerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingikejelitaannya.Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibatpujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurangneraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibatdari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jikakecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh ituadalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukanpersediaan.Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni olehcacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.Tatkala itubersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahudiucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan?Barusanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tanggamenuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina.Sehinaitulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.Segalapinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Dimana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkankepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlahkilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yangdijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usahterlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandungpengajaran: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari A llahlahdatangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamumeminta pertolongan." An-Nahl : 53
Wallahu a'lam...
p/s : sorry sis..i stole it from u!!..huahuahua..huhu

No comments: