Kejadian manusia seumpama pembinaan sebuah mercu tanda,
Batu bata yang tersusun seumpama sel - sel yang berada di dalam badan,
Pabila disusun menjadi organ - organ iaitu bilik2 yang terbina di dalam bangunan itu,
Warna merah bata seumpama Haemoglobin yang mewarnakan darah kita,
Cerucuk, Konkrit dan tiang - tiang seumpama tulang tulangan yang mendirikan manusia,
Manusia manusia yang menjadi buruh binaan seumpama enzim yang bekerja membantu menghidrolisiskan simen untuk pelekatan batu bata dan mensintesiskan satu bahagian ke bahagian lain di dalam bangunan itu,
Jentera - jentera yang berkerja seumpama tendon - tendon yang menyambungkan diantara organ - organ dan tulang - tulang di dalam badan manusia,
Sistem imun yang bijak dalam mempertahankan kesihatan badan ibarat pusat kawalan yang mengawal bangunan dengan kecanggihan pelbagai teknologi terbaru,
Tetapi malang, manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah Allah S.W.T. PINJAMKAN malah mereka telah mengubah ciptaan Illahi yang cukup sempurna dan cantik,
Hidup di dunia ini hanya sementara dan apa yang kita peroleh adalah sementara juga,
Jangan kata tiada peringatan atau amaran telah diberi,
Berjuta - juta cetakan kalam Allah yang meriwayatkan kepada umatNya,
Beribu - ribu naskhah hadis Nabi Muhammad SAW yang menyarankan sunnahNya,
Beratus - ratus naskhah ilmiah memberi pengetahuan kepada kita,
JADI BERINGATLAH WAHAI KHALIFAH ALLAH...
p/s : pesanan untuk khalifah Allah semua dan juga untuk diri ini sendiri..
No comments:
Post a Comment